RANCANGAN PELAJARAN HARIAN:
Dunia Seni Visual
Tahun | : | 2 |
Bidang | : | Membuat corak dan rekaan |
Aktiviti | : | Cetakan |
Tema | : | Objek Buatan Manusia |
Tajuk | : | Alas Pinggan |
Masa | : | 60 minit |
Standard Pembelajaran | : | 2.1 Persepsi Estetik 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri 2.1.1.2 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 | 2.2 Aplikasi Seni 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis- jenis media 2.2.2.1 2.2.2.2 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.2.2.1 | 2.3 Ekspresi Kreatif 2.3.1 2.3.2 2.3.3 | 2.4 Apresiasi Seni 2.4.1 2.4.2 | ||
Objektif pembelajaran | : | Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Memahami corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan menekankan unsur rupa dan warna serta prinsip harmoni. 2. Menghasilkan corak teknik cetakan dengan mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. 3. Membuat apresiasi terhadap karya. | |||||
Aktiviti P & P | : | 1) Guru menunjukan contoh gambar-gambar cetakan ( EK 1 ) 2) Guru menunjukan cara menghasikan blok cetakan dan teknik corak cetakan. ( EK 4 ) 3) Murid menghasilkan blok cetakan secara kreatif. ( EK 1, EK 2, EK 3 & EK 4 ) 4) Murid mempamerkan hasil karya. ( EK 2 & EK 5 ) | |||||
EMK | : | Kreativiti, keusahawan ( EK1 – EK 5 ), dan Nilai murni | |||||
Bahan Bantu Belajar | : | Contoh : Gambar hasil cetakan Alat : kotak, tali parcel, berus lukisan, palet, suratkhabar Bahan : gam UHU, kadboard hitam, dan warna arcylic | |||||
Penilaian P & P | : | Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat alas pinggan teknik cetakan berdasarkan empat Standard Kandungan. | |||||
Refleksi | : | Pada akhir pembelajaran: 30 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 5 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang. | |||||
LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Standard Pembelajaran |
Persepsi Estetik Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan. Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni. Aplikasi Seni Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat corak teknik cetakan. Guru menunjuk cara membuat blok cetakan menggunakan tali parcel dan kotak. Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan. Ekspresi Kreatif Langkah 1 Murid melukis motif flora pada kotak. Lekatkan tali parcel dengan menggunakan gam UHU dan biarkan kering. Langkah 2 Murid mewarna permukaan blok cetakan dan mencetak pada permukaan kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti murid. Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna yang berbeza. Apresiasi seni visual Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan. Murid menyatakan hasil corak cetakan yang boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain seperti kad ucapan, pembalut buku, dan hiasan bingkai gambar. |
No comments:
Post a Comment