Saturday, 3 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Dunia Seni Visual (Tahun 2)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN:
Dunia Seni Visual

Tahun
:    
2
Bidang
:
Membuat corak dan rekaan
Aktiviti
:
Cetakan
Tema
:
Objek Buatan Manusia
Tajuk
:
Alas Pinggan
Masa
:
60 minit

Standard Pembelajaran
:
2.1 Persepsi Estetik

2.1.1    Unsur seni

2.1.1.1 Rupa organik atau
            geometri
2.1.1.2

2.1.2 Prinsip rekaan

2.1.2.1
2.2 Aplikasi Seni

2.2.1 Mengenal dan  
          menyatakan jenis- 
          jenis media
2.2.2.1

2.2.2.2

2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

2.2.2.1
2.3 Ekspresi Kreatif

2.3.1
2.3.2
2.3.3

2.4 Apresiasi Seni

2.4.1
2.4.2
Objektif pembelajaran

:
Pada akhir pembelajaran murid dapat :

1. Memahami corak terancang menggunakan teknik cetakan dengan
    menekankan unsur rupa dan warna serta prinsip harmoni.

2. Menghasilkan corak teknik cetakan dengan mengaplikasikan media
    serta proses dan teknik secara kreatif.

3. Membuat apresiasi terhadap karya.
Aktiviti P & P
:

1)    Guru menunjukan contoh gambar-gambar cetakan ( EK 1 )
2) Guru menunjukan cara menghasikan blok cetakan dan teknik corak  
     cetakan. ( EK 4 )
3) Murid menghasilkan blok cetakan secara kreatif.
( EK 1, EK 2, EK 3 & EK 4 )
      4) Murid mempamerkan hasil karya. ( EK 2 & EK 5 )
EMK
:

Kreativiti, keusahawan ( EK1 – EK 5 ), dan Nilai murni

Bahan Bantu Belajar

:

Contoh : Gambar hasil cetakan
Alat       : kotak, tali parcel, berus lukisan, palet,
suratkhabar
Bahan   : gam UHU, kadboard hitam, dan warna arcylic

Penilaian P & P
:

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat alas pinggan teknik cetakan berdasarkan empat Standard Kandungan.

Refleksi
:

Pada akhir pembelajaran:

30 murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan 5 murid yang tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi pembelajaran yang akan datang.

LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Standard Pembelajaran

Persepsi Estetik

Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan.

Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni.

Aplikasi Seni

Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat corak teknik cetakan.

 Guru menunjuk cara membuat blok cetakan menggunakan tali parcel dan kotak.

Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan.

Ekspresi Kreatif

Langkah 1

Murid melukis motif flora pada kotak.

Lekatkan tali parcel dengan menggunakan gam UHU dan biarkan kering.

Langkah 2

Murid mewarna permukaan blok cetakan dan mencetak pada permukaan kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti murid.

 Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna yang berbeza.

Apresiasi seni visual

Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan.

Murid menyatakan hasil corak cetakan yang boleh dijadikan hiasan pada rekaan lain seperti kad ucapan, pembalut buku, dan hiasan bingkai gambar.

Saturday, 5 November 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Dunia Seni Visual (Tahun 2)

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
 Dunia Seni Visual  (Tahun 2)
Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual                                                                         
Kelas                   : 2 ZQ                                                         
 Masa                    : 60 minit
Bidang                 : Corak dan Rekaan  (Tiupan)                          
Tema dan Tajuk : Alam Semulajadi  ( Hiasan Dinding )
Standard Pembelajaran2.1.1  Unsur seni
2.1.1.1
2.1.1.2
2.1.1.3

       2.1.2 Prinsip Rekaan  
2.1.2.1
2.1.2.2
                                                     2.2.2 Proses dan Teknik
2.2.2.1 Teknik Tiupan
      2.3 Ekspresi Kreatif
2.3.1
2.3.2
2.3.3
                                          2.4 Apresiasi Seni
2.4.1
2.4.2
Objektif  PembelajaranPada akhir pembelajaran murid dapat: (Rujuk standard kandungan  
                                             mengikut tajuk)
  1. Menghasilkan corak tidak terancang menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan,warna dan jalinan serta prinsip ritma dan pergerakan.
  2. Menghasilkan corak teknik tiupan dengan  mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
  1. Membuat apresiasi terhadap  karya.
Aktiviti P&P
  1. Guru menunjukkan contoh hasil tiupan dan bersoal jawab tentang gambar hasil tiupan. (EK1)
  2. Guru menunjukkan cara menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan. (EK4)
  3. Murid menghasilkan corak menggunakan teknik tiupan dan menjadikannya sebagai hiasan dinding. ( EK1 ,EK2 ,EK3, EK4)
  4. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan. (EK2 dan EK5)

EMK Kreativiti, Keusahawanan (EK1-EK 5) dan Nilai murni
Bahan Bantu Belajar
1.  Contoh   :  Corak hasil teknik tiupan
2.   Alat        :  Surat khabar, berus lukisan, palet, dan straw
3.   Bahan    :  Kertas lukisan, gam, kad manila, cat poster atau cat air.

Penilaian P&PProses penghasilan karya sepanjang aktiviti mencorak teknik tiupan berdasarkan   
                             empat Standard Kandungan.

Tuesday, 18 October 2011

Kepentingan Seni terhadap kanak-kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dari aspek : -
Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.
Pandangan kanak-kanak terhadap Seni 

Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.

Ciri-ciri Lukisan Kanak-Kanak

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.

Ciri-Ciri Perkembangan
Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

Perkembangan Estetik
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

Perkembangan Artistik
  • Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
  • Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
  • Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.

Monday, 17 October 2011

Pendidikan Seni Visual

Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang di serapkan bersama – sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mata pelajaran pendidikan seni visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek – aspek yang terdapat di dalam objektif Pendidikan Seni Visual di dalam KBSM dan KBSR.

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

 Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang. Beberapa kenyataan ini akan menguatkan hujah bahawa pentingnya Pendidikan Seni Visual dalam merealisasikan perubahan tingkahlaku manusia dalam dunia pendidikan.

Seni sebagai Alat Penyataan diri
Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk menggambarkan emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan
Pancaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Pancaindera ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni. Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa penciptaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah pengamatan secara teliti.

 Video ini mempamerkan keisitimewaan pendidikan seni visual terhadap seseorang kanak.

Kepentingan Pendidikan Seni di sekolah

Mata pelajaran pendidikan seni visual merupakan salah satu mata pelajaran yang di serapkan bersama – sama mata pelajaran lain di sekolah rendah iaitu tahun 1 hingga tahun 6 manakala sekolah menengah melibatkan tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Mata pelajaran pendidikan seni visual di masukkan ke dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) adalah bertujuan untuk menyerapkan aspek – aspek yang terdapat di dalam objektif Pendidikan Seni Visual di dalam KBSM dan KBSR.

Menurut June McFee dalam bukunya bertajuk 'Preparation for Art', menyatakan seni adalah sebahagian dari kebudayaan sesuatu masyarakat kerana ianya adalah jelmaan daripada beberapa bahagian nilai, sikap dan kepercayaan dalam sesuatu masyarakat. Secara langsung kenyataan ini melambangkan bahawa seni merupakan cerminan budaya dalam sesebuah masyarakat. Tanpa budaya mesyarakat itu tidak kukuh dan tidak mengandungi nilai tamadun.

Menurut Sidi Ghazalba dalam bukunya bertajuk Pandangan Islam Tentang Kesenian menyatakan bahawa sesuatu kebudayaan ialah cara berfikir dan cara merasa, yang menyatakan diri dalam seluruh kelompok manusia yang membentuk masyarakat, dalam sesuatu ruang dan sesuatu waktu. Takrif ini dapat diringkaskan bahawa kebudayaan itu adalah cara berfikir dan cara menikmati dalam kehiduapan. Jelasnya ialah seni itu merupakan intipati 'Cara hidup' individu berkembang menjadi sebuah komuniti yang luas.

Menurut Herbert Read dalam bukunya 'The Meaning of Art', menyatakan Seni itu adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Yang dimaksudkan dengan 'menyenangkan' ialah kesenangan estetik (aesthetic pleasure).Peluahan rasa indah yang diperolehi dari pengalaman, cetusan rasa dan diinterpretasi dalam bentuk karya sebagai cara untuk berkongsi dengan masyarakat.

 Pendidikan Seni Visual lebih menjurus untuk melahirkan perubahan individu kepada nilai murni dengan memupuk diri dalam pengalaman estetik dan membentuk emosi yang seimbang.